Monday, November 29, 2010

mengasuh rakyat suka bekerja berniaga

1 mengasuh supaya rakyat suka berkerja dan berniaga.
saya tertarik hati untuk bercakap bab ini memandangkan nasib orang ramai yang ada boleh berdikari, makan gaji dengan kepandaian yang ada, mencetus idea yang kebanyakannya perlu dibantu, dipupuk untuk berjaya. BERDASAR PENGALAMAN saya kira kegagalan itu membimbing diri kita untu berjaya, tetapi kesanggupan sesaorang tetap ada batasannya.
Bagi mengatasi perkara ini kita perlo budiman hartawan membantu layaknya. Kesanggupan hartawan belom lagi teruji iklas untuk mencampuri urusan sebegini mungkin sebok menjaga kekayaannya. Kerajaan yang mencampuri hal ini berdasarkan pemikiran pegawainya yang makan gaji dikira yidak mampu melahirkan idea bagi memperkenalkan kaedah dan cara lebih-lebih lagi mengurus pemuda-pemuda yang bakal mengurus negara. Pandangan saya kita boleh bermula sahaja dimana2 dengan tidak menekan kaedah yang banyak berurusan daripada menunjuk pengedalian kerja. Kita tidak perlu menaja usahawan sahaja tetapi mendekatkan kerja buat atau memberi peluang kerja untuk peluang kehidupan bukannya untuk merebut kekayaan, Saya jadikan nota ingatan untuk saya perincikan suatu masa nanti.

Saturday, November 27, 2010

sejuk

Sesejuk pagi ini, merasakan kesegaran asli kurnian tuhan walaupon-7c, berpakaian lengkap bagi menahan sejuk pada kebiasaannya. Saya umpamakan kesejukan ini satu anugerah sebab walaupon diBukit Bendera pada waktu pagi atau dipendalaman di Sarawak tetap memberi satu perasaan yang sukar diterjemahkan dalam perkataan. Sebenarnya saya masih teringat Long Lama walaupon telah lama tidak kesana, tetap segar diingatan, kalau ada masa insyaallah kesana lagi.

Jadual petang ini 5.30 bertolPublish Postak ke Bacelona, Spain.

Friday, November 26, 2010

EU setibanya diPRAGUE

Pagi tenang seperti hari-hari lain diMalaysia. Tidur cukup mengikut waktu walaupon malam terlalu panjang disini. Diluar terdapat tompokan kecil salji yang turun semalam. Bagai anak kecil sukanya melihat tompokan tersebut. Cuaca -3C, langit terang tidak berawan membuat rasa riang untuk berjalan-jalan sekitar bandarnya , umpama ditempat kita awan hitam tanda hujan akan turun. Saya sebenarnya memaksa diri untuk menulis apa yang menarik perhatian dan benda-benda baru yang boleh menjadi ingatan,ilmu dan pedoman.

Sampai disini saya berhenti dulu untuk kali ini. Lihatlah dikeperluan lain mungkin menulis lagi.