Hari ini bersamaan 15hb. Februari 2010 saya memulakan blog baru ini. Mungkin tidak baik menyimpan terlalu lama rumah kosong nanti dimasuki orang yang tak berkenaan, habis la... ngarut saja. Kesmpatan ini saya menulis tanpa idea yang dirancang, tanpa kisah untuk paparan dan munkin saya tidak perlu jelaskan untuk kali ini atau dilain-lain kali. Saya berharap saya dapat menyimpan sedikit bahan untuk Turzaman, maknanya sepanjang zaman, kata Us. Yusuf , tenaga pengajar bahasa arab sekolah arab perempuan yang terkenal diPulau Pinang 17 tahun lalu. Masa tu say masih berniaga restoran Haj depan Hospital Besar Pulau Pinang 1988 hingga 1994 sebelum berhijrah keSP. Sempena nama blog ini sebagai mengenang beliau yang banyak memberi tunjuk ajar dan teladan yang baik buat ikutan. Saya sangat menyukainya lantaran beliau semacam orang biasa low profile tetapi menurut sahabat-sahabat lain beliau mempunyai banyak ilmu yang boleh dikongsi sekiranya rapat dengan beliau.
Saya masih ingat sebuah ceritanya berkenaan seorang Tn Guru yang sangat mashur diThailand, mempunyai pelajar atau murid yang banyak menuntut dengannya. Selain daripada itu beliau juga dihormati oleh orng-orng kenamaan termasuk Raja Siam. Hingga kan suatu hari beliau hendak keMakah menunaikan Haji ramai lah orang mengiringinya termasuk Raja. Selepas berlepas hingga beberapa bulan beliau tidak pulang-pulang walaupon jemaah haji yang lain telah kembali kenegara masing-masing. Lama kelamaan tidaklah lagi orang bertanya tentang beliau kecuali beberapa oarang muridnya yang setia. Sampai masa suatu ketika baliklah Tuan Guru tersebut, anehnya beliau berambut panjang dan memakai seluar pendek, menaiki basikal melalui kampong-kampong menuju kepondoknya. Melihatkan demikian orang ramai mulalah tidak mengendahkannya lagi.Pelajar yang ramai terus sejat berkurang tinggal dua tiga orang sahaja.
Suatu hari pelajar yang masih mengikutinya bertanya tentang perubahan tersebut, TG dengan senang menjelaskan yang beliau mengobat dirinya yang ujub, riak dan perasan semasa beliau di iringgi oleh raja dan orang ramai semasa hendak berangkat ke Makkah dahulu. Jadi beliau terpaksa berbuat dmikian, kelihatan hina dan takberguna untuk mengembalikan keikhlas annyasemula supaya tidak lagi tercalar. Demikianlah cerita beliau (us Yusof) brbentok umpama yang memberi pengajaran.

No comments:
Post a Comment